• 3 minutes ago
Seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas Proton Saga yang dinaiki mereka terbakar susulan pertembungan di Jalan Jaya Diri, Rengit. Dua lagi mangsa yang menaiki Proton Wira cedera.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua individu rentung termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain sebelum
00:08terbakar di jalan Jaya Diri Rengit, Batu Pahat, Johor semalam.
00:12Komander Operasi Balai Bomber dan Penyelamat Rengit Muhammad Khairul Azmi Ngatman berkata enam anggota bersama sebuah jendera dikerahkan ke lokasi
00:21selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 8.01 malam.
00:25Remaja itu dan seorang lelaki berusia 22 tahun terperangkap di dalam proton saga BLM yang terbakar.
00:31Dua lagi mangsa berusia 37 dan 61 tahun yang menaiki proton Wira turut cedera.
00:38Menurut Bomber, kira-kira 60% proton saga itu musnah dalam kebakaran.
00:43Anggota Bomber memadamkan api sebelum mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Recommended