00:00Keputusan seorang anggota polis berpangkat Lance Corporal untuk tidak melepaskan tembakan ketika diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di Desa Amanpuri,
00:10Kepung pada 11 November dibuat selepas mengambil kira risiko keselamatan orang awam di lokasi kejadian.
00:16Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK Bukit Aman, Datuk Nurhisam Nordin berkata, anggota itu sebenarnya mempunyai hak mempertahankan
00:28diri kerana berdepan ancaman yang boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan parah.
00:37Bagaimanapun beliau berkata, anggota itu bimbang tembakan yang dilepaskan mungkin terkena orang awam termasuk akibat pantulan peluru atau serpihan peluru
00:46sekaligus memburukkan keadaan ketika situasi masih tidak terkawal.
00:51Anggota itu mengambil kira keadaan persekitaran dan risiko kepada orang lain sebelum membuat keputusan.
00:56Katanya dia juga beranggapan senjata api yang berada di tangannya mungkin dapat menghalang suspek daripada terus bertindak ganas.
01:03Nurhisam berkata, anggota lelaki berusia 26 tahun itu menjalankan tugas mengikut SOP polis ketika berdepan situasi kecemasan.
01:13Dalam kejadian pada 11 November lepas, anggota polis berkenaan diserang seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang ketika menjalankan tugas di
01:22sebuah kediaman di desa Amanpuri Kepung mengakibatkan pergelangan tangan kanannya putus selain mengalami kecederaan di kepala dan badan.