00:00Seterusnya, nasi kerabu Kelantan didaftarkan sebagai cap kolektif di bawah perbadanan harta intelek Malaysia atau MyIPO
00:08menerusi kerjasama dengan pertubuhan harta intelek sedunia.
00:11Langkah itu bagi memperkukuh usaha untuk membangunkan nilai komersial makanan warisan negeri itu.
00:17Menerusi pendaftaran tersebut, penggunaan kubis dan tauge dalam penyediaan nasi kerabu Kelantan tidak dibenarkan
00:23untuk memastikan keaslian rasa serta identiti makanan tradisional itu terus terpilihara.
00:31Ketua pengarah perbadanan harta intelek Malaysia, MyIPO, Yusniza Sharmila Yusof berkata
00:36pengusaha yang menggunakan identiti cap kolektif nasi kerabu Kelantan perlu mematuhi syarat penggunaan bahan-bahan yang telah ditetapkan.
00:45Kata beliau, hanya bahan yang dibenarkan boleh digunakan termasuk pewarna semula jadi daripada bunga telang
00:50manakala penggunaan pewarna tiruan tidak dibenarkan.
00:55Katanya lagi, cap kolektif nasi kerabu Kelantan yang didaftarkan pada 29 Julai lepas
00:59merupakan satu bentuk cap dagangan yang membolehkan pengusaha yang memenuhi syarat ditetapkan
01:04menggunakan identiti jenama secara bersama.