00:00Seekor gajah liar yang diberi nama Yop Tonggang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan
00:08selepas memasuki kawasan sebuah resort di kampung orang asli Tonggang di Ipoh pada Selasa.
00:15Operasi pemindahan gajah liar berusia kira-kira 10 tahun itu berjaya dilakukan dengan bantuan dua ekor gajah denak betina
00:23dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang iaitu Abot dan Sanong.
00:30Kedua-dua gajah denak berkenaan digunakan untuk memujuk Yop Tonggang supaya bergerak menghampiri lori
00:35sebelum haiwan liar itu dibawa keluar dari kawasan berkenaan.
00:40Pengarah Perhilitan Perak Dr. Pazil Abdul Patah berkata,
00:43pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran gajah liar itu di kampung Tonggang sejak April lalu
00:49susulan kejadian haiwan berkenaan merosakkan tanaman petani dan pekebun berkelompok.
00:54Menurutnya, haiwan berkenaan juga dipercayai merupakan sebahagian dari kawanan gajah liar
01:00yang merosakkan tanaman di Bukit Bangkong Cemur baru-baru ini.
01:04Gajah jantan yang dipercayai berasal dari hutan simpan piah ini akan dipindahkan ke Taman Negara Terengganu.
01:11Sementara itu, pemilik Zul's Farm & Resort, Zulkifli Ahmad, 65 tahun,
01:17berkata gajah berkenaan sudah dikesan berkeliaran di kawasan kebun sekitar resort miliknya
01:22sejak lima hingga enam bulan lalu sebelum mula memasuki kawasan berhampiran resort.
01:27Sebenarnya gajah ini dia dah lima enam bulan
01:31tapi dia main di kawasan nak belah atas kebun-kebun di atas itu
01:34tapi bila sampai ini, hari hari berapa bulan, sepuluh hari kimas, hari ahad lepas lah
01:42hari dia pahali itu, ada orang kata dia orang nak kereta nak naik, nak tembak pelali
01:46sebab dia sampai ini.
01:48Jadi malam itu dia orang pasang drone tengok-tengok dia mali, mali kat kolam.
01:51Kolam kalau ikat bawah ini, jadi dia bertembak sekor,
01:54orang yang ada belakang ni, yang sekor tu dah lari di atas.
01:59Jadi hari ni kita tunggu denak, siapa nama Denorm Dengan apa ke
02:03nak ambil dia, bawa keluar lah.
02:06Pertama kali.
02:08Saya dah duduk sini, berkebun sini, buat selek, buat campsite sini
02:12dah 20 tahun lebih, tak pernah ada kes apa-apa lah.
02:15Tapi semenjak, mungkin dah lot ni dah banyak ada geran ke
02:19mungkin tanah dah banyak terang ke
02:21kebun jadi dia senang masuk lah, cari makan.
02:24Tak ada, rosak-rosak cuma pokok-pokok
02:27pokok nangka, pokok pisang, pokok kelapa sikit-sikit lah.
02:31Dia cari makan lah, makan, lain-lain tak ada apa, dia tak kacau.
02:35Cuma dia cari makan macam tu lah.
02:37Itulah saya cakap, tapi kita tak rasa tak ada apa lah
02:39nak marah kat dia.
02:40Dia pun ok.
02:43Jadi saya rasa tak ada apa lah, saya pun tak ada kata.
02:46Pokok rasa nak kesal ke apa, semua.
02:48Yalah, ini semua takdir lah.
02:50Tak lah.
02:51ada yang teruk di atas-atas kebun tu, apa?
02:55Tong, tangki, dia orang dipecahkan.
02:57Ada yang rosak.
02:58Ada yang rosak.
02:59Tapi saya sini tak ada alhamilah, tak ada apa lah.
03:02Cuma saya risau, cuma kita risau.
03:04Yang sekor tu, yang sekor lepas tu takut dia datang balik lah lagi kan.
03:08Sebab ada, ada lagi 2-3 ekor lagi saya rasa.
03:11Yang sekor lepas tu ada geruk lain.
03:13Yang kacau belah-belah hati tu, takut dia mari lagi sini.
03:16Itu je.
03:17Jadi kita minta perlitan boleh pantau betul-betul benda dapat yang sekor ini lagi lah.
03:23Operasi memindahkan Yop Tonggang berdepan cabaran
03:26apabila laluan masuk ke kampung berkenaan terlalu sempit
03:29untuk dilalui lori pengangkut.
03:31Kealan itu menyebabkan lori terpaksa diletakkan kira-kira 2km
03:35dari lokasi gajah berkenaan ditangkap
03:37menyebabkan Abut dan Sanom terpaksa berjalan sejauh jarak tersebut
03:41untuk memujuk Yop Tonggang.
03:43Operasi mengambil masa kira-kira 5 jam.
03:46Terima kasih kerana menonton!