00:00Sedikit perkembangan hiburan, pelakon British Robert Pattinson secara rasmi dipilih untuk membawakan watak James Bond yang baru menurut pengumuman Amazon
00:09MGM Studios pada Isnin sekaligus menamatkan spekulasi selama beberapa bulan mengenai peganti Daniel Craig sebagai ejen perisik ikonik Britain itu.
00:17Pelakon British 40 tahun yang terkenal mengenai lakonannya dalam The Batman, The Twilight Saga dan The Odyssey akan membawakan watak
00:24ejen 007 dalam film terbaru franchise perisik yang telah lama bertapak dalam industri perfilmaan.
00:32Menurut Pattinson, James Bond merupakan antara watak paling legenda dalam dunia perfilmaan dan diberi kepercayaan untuk membawakan watak 007 adalah
00:42penghormatan terbesar sepanjang hidupnya.
00:44Film akan datang itu akan diarahkan oleh Dennis Vilverff yang terkenal menerusi Dune & Blade Runner 1049, makala skripnya ditulis
00:52oleh pecipta Peaky Blinders, Stephen Knight.
00:55Pattinson sebelum ini pernah bekerjasama dengan Villeneuve dalam Dune Part 3 yang dijadual ditayangkan di pawagam pada 18 Disember.
01:03Villeneuve menyambut baik pemilihan Pattinson dengan menyifatkan pelakon British itu mampu membawa dimensi baru kepada watak legenda berkenaan.
01:10Pattinson akan menjadi pelakon ketujuh yang membawakan watak Bond dalam siri film rasmi itu selepas Sean Connery, George Lazenby, Roger
01:19Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan Craig.
01:23Craig kali terakhir membawakan watak berkenaan dalam film No Time To Die pada 2021 sekaligus menamatkan penglibatannya dalam lima film
01:31Bond yang bermula dengan Casino Royale pada 2006.
01:34Pemilihan Pattinson menandakan lembaran baru bagi francais itu selepas Amazon MGM Studios memperoleh kawalan kreatif terhadap harta intelekt James Bond
01:43pada Mac 2025 menerusi perjanjian dengan Barbara Broccoli dan Michael G. Wilson yang sekian lama menguruskan francais berkenaan.
01:52Film akan datang itu akan menjadi film Bond pertama yang diterbitkan di bawah kepimpinan kreatif Amazon MGM Studios.
01:58Tarikh tayangan film terbaru itu masih belum diumumkan namun ia dijangka ditayangkan pada 2028.