Skip to playerSkip to main content
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata menerusi Kod Mitigasi Risiko (RMC) di bawah ONSA yang berkuat kuasa 1 Jun lalu, platform media sosial diberi tempoh sehingga hujung tahun ini dan sekiranya gagal mematuhi ketetapan dan kesalahan berulang boleh dikenakan denda antara RM1 juta hingga RM10 juta bagi setiap kesalahan.


#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Tapi seperti yang saya sebutkan dalam jawapan, kita ada Risk Mitigation Code ataupun RMC bawah ONSA
00:07yang mana sekiranya platform gagal untuk mengambil tindakan, dia dah mula berkuat kuasa 1 Jun
00:13dan kita beri tempoh untuk platform-platform menyediakan kerangka yang bersifat otomatik
00:20dan kita berikan mereka masa sehingga hujung tahun ini.
00:23Jadi sekiranya mereka gagal dan masalah itu berulang, maka boleh didenda RM1 juta sehingga RM10 juta
00:31bagi setiap kesalahan. Jadi pihak kerajaan bersedia, kita berikan platform-platform ini sedikit masa.
00:38InsyaAllah, Puan Ibu Tua, pada pertengahan bulan Desember ini, saya akan bertemu dengan rakan-rakan sejawat saya
00:44di Singapura bersama dengan Menteri Komunikasi Singapura dan juga Indonesia
00:50untuk sama-sama membincangkan isu-isu yang ketiga-tiga negara hadapi akibat daripada
00:56kedegelan platform-platform untuk mengambil tindakan secara menyeluruh dan secara otomatik.
01:01Jadi kita melihat ada kewajaran, we don't fight this alone.
01:07Kita mesti bekerjasama dengan rakan-rakan di rantau Asia Tenggara
01:10supaya platform-platform ini, dia perlu mendengar.
01:14Singapura dianggap sebagai regional ibu pejabat rantau Asia Tenggara
01:20bagi banyak platform media sosial.
01:22Indonesia mempunyai jumlah pengguna yang paling besar
01:25manakala banyak daripada pusat-pusat penggunaan data
01:29terletak di Malaysia.
01:32Jadi ketiga-tiga perkara ini, kita akan manfaatkan
01:34untuk berbincang dengan platform insyaAllah pada pertengahan bulan Desember.
01:40Untuk pengesanan...
01:40Rengkaskan jawapan.
01:41Rengkas.
01:42Dalang-dalang ini, kita dapati ada yang menggunakan akaun palsu
01:46dan ada beberapa tindakan yang kita cadangkan kepada platform.
01:50Tapi sekiranya mana-mana dalang itu dapat dikesan,
01:54maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk menjemput mereka
01:59bagi memberikan keterangan dan sekiranya didapati ada kesalahan,
02:02akan didakwa di mahkamah.
02:04Terima kasih.

Recommended