00:00Baik, untuk mendapatkan perkembangan situasi terkini di Negeri Sembilan, kita bersama dengan Wakil Esra Awani di sana iaitu Syohada Abdul
00:07Qadir.
00:08Baik, silakan Syohada, kongsikan setakat jam 12.30 hari ini perkembangan kemelut di Negeri Sembilan.
00:14Baik, kawan. Sudah pasti kita tahu sesulan keputusan apa yang dimaklumkan oleh Barisan Nasional bahawa Dato' Ismail Asim meletakkan jawatan.
00:23dan hari ini sudah pasti beberapa lokasi di Negeri Sembilan ini khususnya di Pejabat Menteri Besar sendiri, di Bangunan MAINS
00:30dan juga di Wisma UMNO Negeri menjadik tumpuan petugas media khususnya
00:35yang mana kalau saya boleh kongsikan pada sebelah pagi tadi, difahamkan beberapa wakil rakyat daripada Blok Barisan Nasional dan juga
00:43Perikatan Nasional hadir ke Wisma UMNO Negeri Sembilan ini
00:47yang saya difahamkan diadakan satu mesyuarat Biro Politik. Sudah pasti kita membincangkan soal keputusan peletakan jawatan Dato' Ismail Asim bagaimanapun
00:57sehingga tengah hari ini
00:58kita belum dapat pastikan apakah perinciannya mesyuarat yang diadakan antara yang dilihat hadir ialah wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional
01:06dan juga daripada Perikatan Nasional antaranya Adun Paroi, Adun Bagan Pinang, Adun Labu dan juga Adun Cembung
01:13dan juga Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato' Jalaluddin Alias dan saya difahamkan akan ada satu sidang media khas
01:22oleh Dato' Jalaluddin Alias
01:23pada bila masa sahaja dan saya juga sekarang berada di Wisma UMNO Negeri Sembilan dan difahamkan Dato' Jalaluddin Alias akan
01:29mempengurusikan satu sidang media khas di Wisma UMNO ini
01:32dan apa yang saya boleh katakan, Menteri Besar Dato' Ismail Asim tidak dilihat hadir ke Wisma UMNO Negeri Sembilan ini
01:41meskipun beberapa wakil rakyat hadir yang dikatakan, mereka katakan ada dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat biropolitik
01:48untuk membincangkan soal pertakan jawatan Dato' Ismail Asim tetapi tidak nampak kelibat Dato' Ismail Asim yang mana difahamkan
01:55beliau hadir masuk ke pejabatnya di bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan seperti kebiasaan
02:00dan tadi juga kami ada juga ke sana untuk cuba mendapatkan reaksi daripada beliau ataupun kenyataan daripada beliau
02:06bagaimanapun petugas media tidak dibenarkan memasuki blok bangunan MAIN situ kerana kami ada cuba menghubungi Dato' Ismail Asim sendiri
02:13dan beliau maklumkan bahawa beliau belum dapat memberi sebarang kenyataan kepada media
02:18dan kita tahu juga istana juga telah mengeluarkan kenyataan dan sudah pasti itu antara perincian-perincian yang
02:24kita akan dapatkan yang seperti saya maklumkan tadi satu sidang media khas akan diadakan oleh Dato' Israel Alias
02:30pada bila-bila masa di Wisma UMNO Negeri Sembilan ini kita akan dapatkan apa tujuan sidang media itu
02:36apa tujuan panggilan mesyuarat dan kenapa Dato' Ismail Asim tidak bersama dengan barisan-barisan wakil rakyat
02:43daripada BN dan PN yang hadir ke bangunan Wisma UMNO ini hari ini.