Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, di China minggu ini, satu perkembangan yang berpotensi mengubah secara ketara agenda lawatan beliau ke Asia Timur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di China minggu
00:08ini.
00:08Dan ini merupakan satu perkembangan yang berpotensi mengubah secara ketara agenda lawatan beliau ke Asia Timur.
00:17Trump yang pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan Kim ketika penggal pertama pertabirannya dari 2017 hingga 2021 termasuk satu pertemuan di
00:25zon bebas tentera Korea DMZ.
00:28Sebelum ini terus menyatakan minat untuk bertemu semula pemimpin itu dalam penggal keduanya.
00:33Bagaimanapun pegawai kanan Amerika Syarikat sebelum ini memaklumkan bahawa tiada perancangan segera untuk mengadakan pertemuan berkenaan.
00:41Trump juga beberapa kali membayangkan kemungkinan bertemu Kim namun pertemuan itu tidak pernah menjadi kenyataan termasuk ketika lawatan beliau ke
00:49Asia tahun lepas.
00:50Korea Utara pula secara terbuka menyatakan tidak berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat itu buat masa ini.
00:59Misi Korea Utara Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas perkembangan berkenaan.
01:06Ketika bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari White House menuju ke Filipina dan China, Trump berkata sebarang pertemuan dengan Kim
01:14sekiranya berlangsung akan diadakan di China.
01:17Beliau turut menyatakan kehadiran pemimpin Korea Utara itu bergantung kepada Presiden China Xi Jinping.
01:22Terima kasih telah menonton!

Recommended