Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Keputusan menggugurkan beberapa sukan pada Sukan SEA 2027 bukan dibuat secara unilateral oleh Malaysia, tegas Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, perkara berkenaan melalui proses perbincangan dan persetujuan bersama 11 negara anggota Persekutuan Sukan SEA menerusi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) masing-masing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, keputusan menggugurkan beberapa sukan pada Sukan C-2027 bukan dibuat secara unilateral oleh Malaysia.
00:08Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata perkara itu melalui persetujuan bersama 11 negara anggota persekutuan Sukan C
00:17menerusi jawatan kuasa Olimpik Kebangsaan masing-masing.
00:22Tetapi bagi saya, saya menyangkal perkara seolah-olah ini adalah satu usaha sebelah pihak sahaja.
00:32Ingin saya tegaskan bahawa perbincangan ini telahpun diadakan beberapa siri.
00:38Pada SEA Games Federation pada bulan April pertama telahpun dikumpulkan kesemua 11 negara yang diwakili oleh NOC masing-masing.
00:50Kemudian pada awalnya hanya 38 sukan sahaja.
00:55Kemudian selepas sahaja daripada mesyuarat bilangan pertama pada April, kita berikan tempuh masa sehingga 8 Mei 2026.
01:03Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi Town Hall peserta Program Madani Fellowship tahun 2026 di Putrajaya pada Isnin.
01:11Jelas Taufik hasil proses rayuan itu menyaksikan jumlah sukan meningkat daripada 38 kepada 43
01:18sebelum senarai berkenaan dimuktamadkan menerusi mesyuarat kedua CGF pada Julai lalu.
01:24Maklum balas Taufik itu bagi menjawab dawaan Indonesia minggu lalu yang mempersoalkan keputusan Malaysia
01:31menggugurkan beberapa acara sukan daripada senarai pertandingan sukan si 2027
01:36termasuk acara yang didakwa berpotensi memberi kelebihan kepada negara tertentu.
01:42Dalam piagam SEA Games Federation, sekurang-kurangnya 10 sukan Olimpik mesti dipertandingkan di dalam SEA Games
01:50dan kita daripada 43 sukan sebanyak 21 sukan iaitu melebihi daripada 10 adalah merupakan sukan Olimpik
01:59dan sudah pasti kenapa tidak diadakan sukan tertentu.
02:04Sudah pasti disebabkan oleh kekangan baik kewangan, tempat dan sebagainya.
02:09Dan ini telah pun dibincangkan dan dihadiri oleh negara-negara sebelah sebuah negara.
02:15Terima kasih kerana menonton!

Recommended