Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan berharap langkah itu dapat membuka lembaran baharu dalam memulihkan kestabilan politik serta memastikan kelancaran pentadbiran negeri.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Assalamualaikum anda bersama saya PR Nadia dan ini adalah perkembangan yang baru saja kita terima
00:06Datuk Ismail Lassim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada Isnin
00:11dan surat perletakan jawatan bertarikh 16 November 2026 itu telah diutuskan kepada Yang Diputuan Besar Negeri Sembilan
00:19Tuanku Muhris Tuanku Munawir
00:22Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zamri Abdul Qadir dalam kenyataan memaklumkan
00:26Pengurusi BN Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi turut terima salinan surat itu
00:31dan akan mengemukakan calon Menteri Besar Baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Muhris
00:38Sehubungan itu BN katanya akan memberikan kerjasama penuh
00:42bagi memastikan peralihan kepimpinan berjalan secara teratur
00:46dengan mengambil kira kedudukan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri serta perkenan baginda
00:52Tambahnya, BN berharap keputusan ini dapat membuka lembaran baru
00:57bagi memulihkan kestabilan politik
01:00serta memastikan pertabiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar
01:05Zamri penambah BN juga menghormati keputusan tersebut
01:09dan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Ismail
01:12sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan
01:15Baik, laporan penuh akan kami bawakan di astroawani.com

Recommended