00:00Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seriano Ibrahim memuji kepengurusian ASEAN oleh Filipina tahun ini khususnya dalam memastikan perbincangan substansif mengenai
00:10pelbagai isu berkepentingan serantau.
00:12Menurutnya, Filipina telah melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dalam mengendalikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak berkaitan
00:23yang menghimpunkan barisan pemimpin negara anggota serta rakan dialog blok berkenaan.
00:31Mengulas pencapaian ketika Malaysia memegang tampuk kepengurusian ASEAN tahun lepas, Anwar melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan penganjuran serta komitmen para
00:40pegawai di semua peringkat dalam menjamin kelancaran persidangan.
00:44Perdana Menteri berkata maklum balas positif yang diterima bukan sahaja merangkumi aspek penganjuran, malah melibatkan kandungan serta kualiti pengisian perbincangan
00:52yang diadakan sepanjang kepengurusian Malaysia.
00:55Beliau berkata perkembangan yang lebih penting ialah peningkatan komitmen dalam kalangan negara anggota ASEAN untuk terus memperkukuh kerjasama serantau di
01:03sebalik wujudnya perbezaan pandangan.
01:06Malaysia juga katanya berbangga kerana terdapat kemajuan peningkatan komitmen daripada negara-negara ASEAN untuk memupuk semangat kerjasama walaupun ada perbezaan
01:16pendapat dalam kalangan negara anggota.
01:18Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ASEAN ke-49 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan dari 15 hingga 17 November
01:27di bawah kepengurusian Filipina.