Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian di sebuah rumah di Rasah Jaya, Seremban itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua daripada tiga suspek yang ditahan kerana disyaki mendera seorang lelaki warga emas sehingga menyebabkan mangsa maut 4 November lalu
00:09akan didakwa di Mahkamah Magistret Seremban pada Selasa.
00:13Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, kedua-dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian di sebuah rumah
00:21di Rasah Jaya itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
00:28Katanya kertas siasatan sudah dirujuk kepada pihak pendawaan pada 13 November lalu dan mendapat arahan tuduh suspek mengikut Seksyen 302
00:38Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:44Menurutnya, dua suspek yang akan dituduh ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang juga ahli keluarga mangsa manakala seorang lagi
00:53suspek sebagai saksi pendawaan.
00:55Media melaporkan polis menerima laporan berkenaan video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia yang duduk di kerusi
01:07roda didapati dipukul menggunakan getah pipe oleh seorang lelaki.
01:12Warga emas berusia 60-an itu telah meninggal dunia pada 4 November lalu.
01:16Terima kasih.
01:17Terima kasih.
01:19Terima kasih.
01:19Terima kasih.

Recommended