• 3 minutes ago
Menurut firma penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB), ia susulan peningkatan tekanan kualiti aset, kos kredit tinggi serta persaingan deposit yang semakin sengit.
Transcript
00:00Dan seterusnya, Afin Bank dijangka berdepan prospek pendapatan mencabar untuk 2 hingga 3 suku akan datang.
00:06Menurut firma penyelidikan Hong Leong Investment Bank atau HLIB, ia susulan peningkatan tekanan kualiti aset, kos kredit tinggi serta persaingan
00:15deposit yang semakin sengit.
00:20HLIB berkata pihaknya kekal berhati-hati terhadap trajekteri pendapatan kumpulan perbankan itu selepas pihak pengurusan mengakui sasaran keuntungan sebelum cukai
00:29bagi tahun kewangan 2026 sebanyak RM850 juta tidak akan tercapai.
00:35Afin Bank mencatatkan keuntungan bersih RM113.6 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September lalu, merosot 10.9% berbanding
00:46suku sebelumnya dan 21.7% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:52Kumpulan itu juga mencatatkan keuntungan terkumpul RM376.6 juta untuk 9 bulan pertama tahun kewangan 2026.
01:02Angka itu merupakan penyusutan 8.7% tahun ke tahun dan mewakili kira 72% daripada unjuran setahun penuh HLIB
01:12dan konsensus pasaran.
01:14Firma itu turut membangkitkan kebimbangan terhadap kualiti aset dan segmen perbankan runcit bank tersebut, khususnya pinjaman perumahan sesulan peningkatan nisbah
01:23pinjaman terjejas kasar GIL yang meningkat kepada 1.9%.
01:29Ia berlaku ketika peningkatan kos sehari hidup dan keupayaan pembayaran balik pelanggan yang semakin lemah memberi tekanan kepada kualiti pinjaman.
01:37Tambahnya, walaupun nisbah GIL, keseluruhan kumpulan bertambah baik kepada 1.76%, nisbah pelindungan kerugian pinjaman susut kepada 67.9%.
01:49HLIB berkata potensi pemulihan pinjaman antara RM30 juta hingga RM40 juta menjelang Disember 2026 atau suku pertama 2027 berupaya memberi
02:00sedikit kelegaan kepada kumpulan itu meskipun ketidaktentuan mengenai tempoh pemulihan berkenaan masih menjadi perhatian.
02:07Bergerak ke hadapan, firma itu menjangka pemeliharaan modal dan menjadikan keutamaan afin sekaligus berpotensi menghadkan fleksibiliti pertumbuhan dan peningkatan keuntungan
02:18dalam jangka masa pendek hingga sederhana.
02:20Ia mengekalkan saranan pegang terhadap saham kumpulan itu dengan harga sasaran tidak berubah pada RM2 namun menyewak turun unjuran keuntungan
02:30bagi tahun keuangan 2026, 2027 dan 2028, masing-masing kepada 6.3%, 0.8% dan 0.4%.

Recommended