Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
JD Vance berkata Donald Trump tidak akan membenarkan konflik dengan Iran bertukar menjadi peperangan berpanjangan.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak akan membiarkan konflik semasa dengan Iran bertukar menjadi perang untuk selamanya.
00:07Menurut naik Presidennya J.D. Vance, pentadbiran Trump kekal berpegang kepada komitmen untuk mengelakkan pengerahan ketenteraan jangka panjang
00:15seperti yang pernah berlaku dalam beberapa konflik luar negara sebelum ini.
00:21Vance menegaskan meskipun apa jua keputusan yang akan dibuat oleh Trump berhubung konflik itu,
00:26matlamat akhirnya adalah untuk menamatkan peperangan dan bukan memanjangkannya.
00:31Katanya terdapat pihak yang mahu Amerika Syarikat terus terlibat dalam konflik secara berpanjangan, namun pendurian White House adalah sebaliknya.
00:39Jelasnya, Amerika Syarikat tidak akan membenarkan konflik itu menjadi komitmen ketenteraan yang berlanjutan sehingga bertahun-tahun.
00:46Beliau turut menafikan wujud sebarang perbezaan pendapat antaranya dengan Trump mengenai hal tujuh pengendalian konflik berkenaan.
00:52Dalam masa sama, Vance mengakui konflik itu memberi kesan politik kepada pentadbiran Republikan,
00:59terutamanya melalui peningkatan harga minyak dan tenaga.
01:02Namun beliau yakin, Trump akan berjaya menamatkan konflik tersebut dengan hasil yang baik untuk rakyat Amerika Syarikat.

Recommended