Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
KKM tidak bercadang menyekat akses kesihatan kepada bukan warganegara tetapi memperkukuh kutipan bil, deposit dan mekanisme pembayaran.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menegaskan tiada perancangan untuk menghadkan secara mutlak akses perkhidmatan kesihatan awam hanya kepada warga negara Malaysia
00:09buat masa ini.
00:10Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata, KKM mengakui sumber kewangan dan kapasiti sistem kesihatan awam adalah terhad dan
00:18keutamaan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai dan juga penyumbang utama kepada pembiayaan sistem kesihatan negara.
00:28Namun tegasnya, dasar berkaitan penggunaan perkhidmatan kesihatan oleh bukan warga negara sentiasa diteliti bagi memastikan ia tidak menjadi beban kewangan
00:37yang tidak wajar kepada kerajaan.
00:40Katanya bukan warga negara yang mendapatkan rawatan di fasiliti KKM tertakluk kepada kadar charge dan syarat bayaran yang ditetapkan kerajaan.
00:48Golongan itu dikenakan charge tanpa subsidi di bawah Perintah Fee Perubatan Kos Perkhidmatan 2014 yang berbeza daripada kadar dikenakan kepada
00:57warga negara.
00:58Tambahnya, KKM melaksanakan pendekatan collect before discharge iaitu memperkukuh kutipan deposit dan bayaran sebelum pesakit dibenarkan keluar wat.
01:06Selain itu, KKM juga memperluas penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai dan digital bagi memudahkan urusan bayaran pesakit.
01:15Dalam masa sama, KKM terus memperkukuh pemantauan tunggakan dan akaun belum terima bagi pesakit bukan warga negara termasuk melalui tindakan
01:23kutipan dan pengeluaran notis undang-undang.
01:25Sementara itu mengenai pelarian dan pemohon suaka, Zulkifli berkata KKM sedang meneliti pendekatan pembiayaan yang lebih mampan termasuk carangan mewajibkan
01:34perlindungan insurans kesihatan bagi memastikan kos rawatan ditanggung melalui sumber pembiayaan yang sesuai.
01:41Beliau menegaskan pendekatan KKM ketika ini bukan menutup akses kepada bukan warga negara, sebaliknya memastikan penggunaan perkhidmatan dikawal melalui dasar
01:50charge, syarat bayaran dan mekanisme kutipan yang lebih berkesan.
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended