Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
UMNO Negeri Sembilan hormati keputusan Datuk Ismail Lasim untuk letak jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk memilih calon Menteri Besar baharu.
Transcript
00:00UMNO Negeri Sembilan menghormati keputusan Dato' Ismail Lasim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar seperti yang dimaklumkan kepimpinan Barisan Nasional
00:08BN pada Isnin.
00:10Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Sri Jalaluddin Alias berkata, hasrat Ismail meletakkan jawatan tidak dimaklumkan secara peribadi kepada pihaknya,
00:19sebaliknya hanya diketahui melalui pimpinan tertinggi.
00:24Jalaluddin menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Negeri Sembilan terus terpelihara.
00:33Untuk maklumat rakan-rakan media semua, bahawa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan telah pun dimaklumkan mengenai peletakkan jawatan Dato' Ismail
00:48Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-9
00:51pada malam tadi 16 November 2026. Kami mengambil dan menghormati keputusan ini dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas hikmat serta
01:06sumbangan beliau sepanjang menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
01:10Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan khas bersama Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun BN dan PN, serta kepimpinan UMNO Negeri
01:20di Wisma UMNO Negeri Sembilan, Seremban pada Selasa.
01:23Pertemuan itu bertujuan memberikan penjelasan mengenai perkembangan politik semasa negeri selain menyalaraskan pendirian wakil rakyat kedua-dua gabungan.
01:32Bagaimanapun, Ismail dilihat tidak hadir dalam pertemuan itu. Jalaluddin menjelaskan Adun Juwasih itu telah dijemput namun dipercayai mempunyai urusan lain
01:42yang perlu diselesaikan.
01:43Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, BN dan PN negeri capai kata sepakat untuk menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung pemilihan
01:52calon Menteri Besar Baharu.
01:53Katanya, cadangan calon Menteri Besar Baharu akan ditentukan Presiden UMNO sebelum dipersembahkan untuk mendapat pekenan yang di-Pertuan Besar Negeri
02:03Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawek.

Recommended