00:00Kerajaan akan mempertingkat usaha membanteras buli siber menerusi perbincangan bersama penyedia platform media sosial di Singapura
00:08pertengahan Dizember ini. Sesulahan insiden kematian pasangan suami isteri yang mengendalikan syarikat fotografi Phoenix Pixels.
00:16Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil berkata kejadian menyedihkan itu menunjukkan gejala buli siber masih menjadi ancaman serius
00:23sebagaimana kes melibatkan pempengaruh E. Rajaswari atau ISHA.
00:30Saya ingin menyampaikan pesanan bagi pihak KKM juga kita ada talian HEAL 1555
00:40yang mana sekiranya ada sesiapa di kalangan kita yang merasa tertekan akibat daripada buli siber dan sebagainya
00:49dapatkanlah kaunseling, dapatkanlah bantuan daripada pihak yang berautoriti yang boleh membantu
00:58termasuk membuat panggilan ke talian HEAL dan saya harap ahli yang berhormat juga boleh menyampaikan kepada semua dalam komuniti
01:08Jangan tunggu.
01:09Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memaklumkan sebanyak 13,883 kandungan deepfake diturunkan penyedia
01:17platform digital hasil permohonan suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Oktober lalu.
01:27Daripada jumlah itu, 1,178 kandungan membabitkan pemimpin politik manakala 61 kes penyalahgunaan kerja dasar buatan
01:36turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.