00:00Syarikat pengkomputeran awan bermangkalan di Singapura Megaspeed disiasat sejak 2024 berhubung kemungkinan pelanggaran Peraturan Kawalan Ekspor Amerika Syarikat.
00:10Perkara itu didedahkan menerusi kenyataan bersama Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Isnin.
00:19Pada Mei 2025, Penyiasat Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat meminta NVIDIA mengemukakan rekod transaksi penjualan kepada Megaspeed sama ada secara langsung
00:29atau melalui pihak ketiga.
00:31Sebulan kemudian, NVIDIA menyenaraikan Megaspeed rakan kongsinya di rantau Asia Pasifik ke dalam senarai syarikat yang dilarang menerima penjualan produknya
00:38No Sell List.
00:40Megaspeed sebelum ini menjadi perhatian susulan laporan mendakwa bekas ketua pegawai eksekutif NVIDIA Jensen Huang mempunyai hubungan sulit dengan ahli
00:48perniagaan Cina Alice Huang.
00:50Alice merupakan bekas eksekutif kanan Megaspeed yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan pengintipan Cina.
00:57Untuk rekod, Jensen Huang meletakkan jawatan daripada NVIDIA pada 12 November lalu.
Comments