00:00Bekas Presiden Paraguay, Santiago Peña dipindahkan ke sebuah penjara tentera atas arahan mahkamah selepas timbul dawaan beliau menikmati pelbagai kemudahan
00:10khas ketika ditahan menunggu perbicaraan berkaitan skandal rasuah kewangan yang menggemparkan negara itu.
00:16Menurut laporan Al-Jazira, Hakim Osmalegal pada Isnin mengarahkan Peña dipindahkan dari Regimen Pengiring Presiden di Ibu Negara, Asing Kion,
00:27selepas laporan media mendedahkan beliau ditempatkan dalam keadaan yang jauh lebih selesa berbanding tahanan lain.
00:36Laporan itu mendakwa Peña mempunyai akses kepada ruang makan yang luas, perabot lengkap, gimnazim peribadi, serta bilik mandi sendiri sekaligus
00:43mencetuskan kemarahan orang ramai.
00:45Peña kini ditempatkan di penjara tentera Venus Q, namun akan diasingkan daripada penghuni lain atas faktor keselamatan.
00:52Bekas pemimpin berusia 48 tahun itu berdepan siasatan berkaitan skandal yang melibatkan kejatuhan Unobank, sebuah institusi kewangan utama yang digunakan
01:01oleh lebih separuh penduduk dewasa Paraguay.
01:04Krisis itu tercetus pada 3 November lalu apabila Bank Pusat Paraguay mengambil alih Unobank selepas mengisytiharkannya, moveless.
01:11Tindakan tersebut menyebabkan hampir 3 juta pemegang akaun kehilangan akses kepada dana mereka, manakala bank berkenaan dilaporkan menguruskan kira-kira
01:20850 juta dolar Amerika dana awam, termasuk wang pencin sebelum kejatuhannya.
01:26Skandal itu akhirnya membawa kepada penyingkiran penal daripada jawatan presiden selepas sokongan politik terhadapnya semakin merosot.
01:33Sesudahan itu bekas naik presiden Pedro Aliana mengangkat sumpah sebagai pemimpin baru cabang eksekutif negara berkenaan.
01:41Terima kasih.