00:00Pelajar yang membantu pencarah dalam menghasilkan inovasi termasuk pembangunan prototipe berpotensi dikomersialkan.
00:08Wajar diberikan royalti sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan usaha mereka.
00:13Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
00:16universiti juga perlu menyediakan laluan jelas bagi setiap idea berpotensi,
00:21mulai daripada penghasilan prototipe, mendapatkan pattern sebelum dibawa ke peringkat industri.
00:30Jangan lupa yang membantu pencarah ialah pelajar-pelajar, mahasiswa, mahasiswi yang juga membantu.
00:41Mereka juga wajib diberikan royalti. Pelajar-pelajar mesti diberikan royalti.
00:51Jangan pencarah saja dapat. Pelajar-pelajar wajib dapat. Mereka juga mahu merasa.
00:58Tambah Ahmad Zahid, Universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi perlu menyediakan jaringan,
01:04pembiayaan serta rakan pelaksana bagi memastikan penyelidik tidak dibiarkan bergerak sendiri
01:09selepas menghasilkan sesuatu penemuan.
01:12Selain itu, sokongan berterusan juga perlu diberikan kepada pensyarah dan penyelidik
01:16selepas sesuatu penemuan dihasilkan, termasuk membuka lebih banyak peluang pembangunan kejaya
01:21serta kenaikan pangkat.
01:23Tegas beliau, Malaysia perlu berani meletakkan cita-cita tinggi untuk melahirkan penemuan
01:27yang mampu mengubah dunia selain memastikan hasil kemajuan teknologi dan inovasi
01:32dapat dinikmati rakyat.