• 2 minutes ago
Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, dipacu peningkatan pelaburan, sektor pembuatan dan eksport bersih positif meskipun pertumbuhan penggunaan swasta lebih sederhana.
Transcript
00:02Ini berita yang baru kami terima, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5% pada suku ketiga 2026 sederhana berbanding
00:126.0% pada suku sebelumnya.
00:15Perkembangan ini disokong aktiviti pelaburan yang lebih kukuh, eksport bersih positif serta pertumbuhan berterusan penggunaan swasta.
00:24Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Dozem, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK bagi 9 bulan pertama tahun ini mencapai 5.6
00:32% mengatasi 4.8% yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.
00:37Dari segi prestasi sektor, pembuatan mengukuh kepada 7.7% berbanding 7.3% pada suku sebelumnya dipacu industri berorientasikan
00:47eksport, khususnya produk elektrik, elektronik dan optikal yang berkembang 16.5% susulan permintaan global terhadap komponen elektronik serta semikondukta.
00:56Sektor perkhidmatan pula berkembang 5.8% disokong aktiviti perdagangan borong dan runcit selain subsektor maklumat dan komunikasi yang meningkat
01:068.7% didorong prestasi kukuh aktiviti pusat data.
01:11Sementara itu, sektor pembinaan mencatatkan pertumbuhan 5.9% dengan subsektor bangunan bukan kediaman melonjak 16.7% khususnya menerusi
01:21projek pembinaan pusat data.
01:22Sektor pertanian kembali pulih dengan pertumbuhan 1.4% berbanding penguncupan 3.6% pada suku kedua disumbang peningkatan pengeluaran
01:32kelapa sawit.
01:33Bagaimanapun, sektor pelombongan dan pengkuarian menguncup 6.1% berbanding pertumbuhan 9.2% sebelumnya susulan penyusutan pengeluaran minyak mentah
01:44dan kondensat sebanyak 12.4%.
01:47Dari sudut perbelanjaan, penggunaan swasta yang menyumbang 60.6% kepada KDNK berkembang 4.3% lebih perlahan berbanding 4
01:58.8% pada suku sebelumnya.
02:00Perbelanjaan isi rumah terus disokong kategori restoran dan hotel yang meningkat 10.4% diikuti pengangkutan sebanyak 7.0%.
02:09Terima kasih kerana menonton!

Recommended