• 2 minutes ago
PETRA berkata tarif khas membantu memastikan pusat data menanggung bahagian kos infrastruktur elektrik yang adil. Kerajaan turut menaikkan caj beban tersambung supaya kapasiti yang dimohon digunakan mengikut jadual.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan memperkenalkan tarif khas dan menetapkan penggunaan sekurang-kurangnya 30% tenaga boleh berharu bagi pusat data
00:07supaya pertumbuhan sektor itu tidak menjejaskan bekalan atau kos elektrik kepada isi rumah dan industri sedia ada.
00:14Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Petra, berkata tarif voltan ultra tinggi yang diperkenalkan pada 1 Julai 2025
00:23bertujuan memastikan pusat data menanggung bahagian kos infrastruktur elektrik yang adil tanpa membebankan pengguna domestik.
00:32Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Petra memaklumkan kadar caj beban tersambung atau CLC turut dinaikkan.
00:40Langkah itu bertujuan memastikan pusat data menggunakan kapasiti elektrik yang dimohon mengikut jadual
00:45supaya kapasiti yang disediakan tidak terbiar.
00:48Pengendali pusat data juga digalakkan menjana bekalan sendiri dan menggunakan penjana sokongan
00:54bagi mengurangkan beban pada grid nasional, terutamanya pada waktu puncak atau apabila rezak bekalan rendah.
01:00Mereka turut digalakkan menyertai skim pembekalan tenaga boleh baru korporat
01:04bagi mendapatkan bekalan tenaga hijau secara langsung.
01:08Petra menegaskan sistem bekalan elektrik negara masih mampu menampung permintaan semasa.
01:12Kuota pusat data ditetapkan berdasarkan unjuran bekalan yang telah diluluskan.
01:18Terima kasih telah menonton!

Recommended