00:00Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Taiz Yaman semakin meruncing apabila bekalan air di bandar
00:09itu kini hanya mampu memenuhi 8% daripada keseluruhan keperluan penduduk.
00:15Pejabat PBB bagi penyelarasan hal ehwal kemanusiaan OCHA berkata, kekurangan bahan api telah menjejaskan operasi pump dan pengagihan air sekaligus
00:25memberi kesan besar kepada penduduk di kawasan tersebut.
00:30Keadaan itu berlaku ketika pertempuran di Yaman terus memuncak dan menyukarkan usaha penghantaran bantuan kemanusiaan.
00:37Timbalan Jurucakap PBB Farhan Hak berkata penutupan jalan raya turut memburukkan lagi situasi di Taiz.
00:44Beliau berkata jumlah pergerakan kenderaan ke bandar itu merosot sehingga 80% manakala kos pengangkutan dari Aden meningkat lebih 150%.
00:53Katanya tempoh perjalanan antara Aden dan Taiz yang sebelum ini hanya mengambil masa kira-kira 3 jam, kini meningkat kepada
01:0026 jam.
01:01Taiz yang mempunyai hampir 2 juta penduduk dilaporkan berada dalam kepongan selama lebih sebulan.
01:06Kerjaan Yaman turut mendakwa kumpulan huti memperketat sekatan dengan menghalang kemasukan makanan, air minuman, bersih, ubat-ubatan dan bahan api
01:14ke bandar itu.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments