00:00Pelaburan sektor pusat data di Malaysia terus berkembang dengan 27 projek bernilai 225.97 bilion ringgit diluluskan sehingga Oktober 2026
00:11sekaligus dijangka membuka lebih 4,000 peluang pekerjaan termasuk jawatan berkemahiran tinggi.
00:18Timbalan Menteri Digital Dato' Wilson Ugak-Kumbung berkata sepanjang tempoh sama sebanyak 117 projek pusat data direkodkan di seluruh negara
00:28manakala pelaburan diluluskan bagi sektor pusat data dan pengkomputeran awan berjumlah RM95.8 bilion ringgit bagi separuh pertama tahun ini.
00:38Menurut beliau, kerajaan turut memberi penekanan kepada pembangunan pembekal tempatan, pemindahan teknologi dan pengukuhan ekosistem kecerdasan buatan AI negara
00:49selaras aspirasi Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030.
00:55The Economic of Data Center in Malaysia dengan izin, suku ketiga 2025 menunjukkan bahawa jawatan peringkat pemulaan dalam industri ini
01:04menawarkan gaji sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sebulan dan manakala jawatan kanan menawarkan antara RM10,000 hingga RM30,000
01:15sebulan.
01:15Kadar ini adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji penengah bulanan rakyat Malaysia sebanyak 2,793 pada tahun 2024.