Seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam 24 kes samun tepi jalan menggunakan teksi maut selepas ditembak polis di Chow Kit di sini pada Rabu.
Serbuan dijalankan jam 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama Bukit Aman selepas berjaya mengesan suspek yang bersembunyi dalam sebuah bilik hotel di Chow Kit.