00:00Pelaksanaan subsidi bersasar bahan api sejak 2024 tidak menyebabkan kenaikan ketara harga barangan keperluan asas mahupun tambang pengangkutan awam.
00:10Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup KPDN dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen memaklumkan,
00:16kerajaan mengambil kira kesan terhadap kos pengangkutan barangan dan penumpang menerusi penyaluran subsidi melalui sistem kawalan diesel bersubsidi SKDS dan
00:26sistem kawalan petrol bersubsidi SKPS.
00:30Menurut Kementerian itu, pemantauan harga yang dijalankan mendapati tiada kenaikan ketara dilaporkan sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun
00:392024 dan petrol pada 30 September 2025.
00:44Kenyataan itu bagi menjawab soalan Dato' Awang Hashim, PN Pendang yang meminta penjelasan mengenai keberkesanan subsidi bersasar terhadap kos operasi
00:53pengangkutan dan harga pengguna selain langkah kerajaan sekiranya berlaku kenaikan harga barangan.
00:59Bagi memastikan kestabilan harga, lebih 850 pegawai pemantau harga atau PPH digerakkan setiap hari untuk mengumpul maklumat harga barangan di
01:09lebih 2,000 premis seluruh negara.
01:12KPDN juga memperkukuh penguatkuasaan menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta pelaksanaan 6 siri op kesan sehingga 2026
01:22bagi memantau rantaian bekalan,
01:24meneliti perubahan kos dan margin keuntungan serta mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti pencatutan.