• 4 minutes ago
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.
Transcript
00:00Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yuh
00:06membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menurut Minit Pesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan LPWP
00:15yang dinyah klasifikasikan.
00:17Beberapa muka surat kandungan Minit Pesyuarat itu dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua
00:23menerusi akaun Facebooknya yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.
00:31Menurut Minit Berkenaan, Peguam Negara berpendapat bahawa Datuk Seri Najib perlu menjalani hukuman banduan sehingga 2028 seperti pandangan sebelum ini.
00:41Hukuman tahanan rumah tidak terdapat dalam undang-undang dan merupakan suatu perkara yang asing dan bukan dalam sistem negara
00:47seperti keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Luke sebelum ini.
00:52Beliau menyatakan bahawa keputusan itu akan memberi kesan kepada kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan ilmu.
01:00imej negara di peringkat antarabangsa.
01:02Menurut Minit Musyuarat itu lagi, Hana menyatakan bahawa pandangan beliau sama seperti pandangan Muhammad Dusuki dan juga dalam musyuarat sebelum
01:11ini.
01:11Muhammad Dusuki dan Hana juga tidak memberi apa-apa komen terhadap draft perintah pengampunan bersyarat
01:18dan syarat-syarat yang dicadangkan memandangkan mereka tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat.
01:24Namun bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Harminda Singh, Dahliwal dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razaluddin Hussein bersetuju
01:34dengan syarat-syarat tanpa sebarang komen.
01:38Terima kasih telah menonton!

Recommended