• 2 years ago
Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampan, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan kita beralih ke laporan berikutnya, jenazah 9 anggota pasukan simpanan persekutuan FRU yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Cikus, Sungai Lampan pada pagi setasa
00:10akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
00:16Ketua Polis Perak, Datuk Nur Hisam Nordin berkata, penghormatan terakhir akan dilakukan di markas unit 5 FRU, Sungai Senam.
00:24Menurutnya majlis itu akan diadakan secepat mungkin selepas selesai proses bedah siasat yang dijangka malam ini.
00:31Bercakap dalam sidang media di Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Telu Intan, beliau berkata 7 mangsa beragama Islam manakala 2 lagi bukan beragama Islam.
00:40Beliau mengesahkan 9 anggota yang terkorban ialah Sarjan S. Perumal, 44 tahun, Sarjan Mohd Roslan Abdurrahim, 46 tahun, Koperal Mohd Posli Jaudin, 41 tahun,
00:54Koperal Nurit Anak Pandak, 34 tahun, Koperal Ki Amiruddin Zabri, 38 tahun, Koperal Mohd Hilmi Mohd Azlan, 38 tahun, Koperal Mohd Akmal Mohd 35 tahun,
01:07Lans Koperal Damarulan Abdul Latif, 33 tahun dan Konstabel Akmal Wafi Anwar, 28 tahun.
01:16Kesemua mereka adalah orang Perak kecuali Konstabel Akmal Wafi yang beralamat di Lunas Kedah.
01:24Kesemua mangsa ini selepas diberda siasat akan disemayangkan di IPD Pertu Intan dan seterusnya dibawa ke markas Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan di Sungai Sinam Ipoh
01:40untuk perumatan terakhir oleh unitnya dan seterusnya akan dibawa ke kampung halaman masing-masing.
01:49Terima kasih.
01:51Terima kasih.

Recommended