• 2 years ago
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154 bilion pada Mac 2025
00:07menandakan pertumbuhan 5.7% dari tahun ke tahun.
00:12Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
00:21Katanya perdagangan runcit mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM67 bilion melonjak RM4.2 bilion atau 6.6% dari tahun ke tahun.
00:32Manakala perdagangan borong menyaksikan angka jualan pada RM67.8 bilion naik RM3.7 bilion atau 5.7% dari tahun ke tahun.
00:42Dalam tempoh yang sama, subsektor kenderaan bermotor mencatatkan jualan sebanyak RM19.2 bilion mencerminkan kenaikan 2.3% berbanding tahun sebelum ini.
00:54Mohd Uzir turut menekankan pertumbuhan dalam subsektor perdagangan runcit telah disokong prestasi kukuh dalam pelbagai kategori
01:01didorong persediaan musim perayaan dan peningkatan perbelanjaan semasa Ramadan.
01:05Pengeluaran bantuan Adil Fitri khas bersama dengan RM1.7 bilion di bawah sumbangan tunai rahmah STR dengan ketara telah merangsang aktiviti pengguna.
01:17Pada Mac 2025, Mohd Uzir menjelaskan perdagangan borong kekal berdaya tahan didorong permintaan domestik yang mantap bagi barangan isi rumah dan makanan seiring dengan musim perayaan.
01:28Jualan dalam barang-barang isi rumah pula melonjak 7.6% kepada RM14.5 bilion disokong oleh permintaan yang agak tinggi dalam kategori
01:39seperti barangan pharmaceutical dan perubatan, wangian, kosmetik, peralatan mandi dan perhiasan.
01:46Sementara itu, subsektor kenderaan bermotor mencatatkan pertumbuhan berbanding Mac tahun lepas diterajui oleh peningkatan sebanyak 4.1% kepada RM5.2 bilion
01:56dalam penjualan alat ganti serta aksesori kenderaan bermotor diikuti dengan kenaikan 1.5% dalam jualan kenderaan bermotor kepada RM10.1 bilion.

Recommended