00:00Meksiko menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import lembu, kuda dan bison dari negara itu berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru baru yang boleh menjejaskan ternakan dan hidupan liar.
00:14Presiden Meksiko, Claudia Sheinbaum dalam sidang medianya pada hari Isnin menegaskan bahawa Meksiko telah menunjukkan kerjasama penuh dan membasmi perosak tersebut dan tidak bersetuju dengan tindakan Amerika Syarikat.
00:26Beliau menambah langkah penggantungan yang diumumkan oleh setiausaha pertanian Amerika Syarikat Brooke Rollins pada ahad lalu dikatakan akan dilaksanakan secara bulanan.
00:39Namun Menteri Pertanian Meksiko Julio Berdegge menyatakan bahawa penggantungan itu dijangka hanya berlangsung selama 15 hari.
00:46Penggantungan ini susulan persetujuan bersama antara kedua-dua negara bulan lalu untuk menangani ancaman cacing skru iaitu parasit yang boleh menyebabkan kerosakan serius dan seringkali membawa maut kepada haiwan ternakan.
01:01Namun Amerika Syarikat mendakwa usaha Meksiko masih belum mencukupi.
01:05Presiden Meksiko turut menyuarakan harapan bahawa tindakan sementara ini tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi negaranya sambil menegaskan bahawa langkah ini perlu ditarik balik dalam masa terdekat.
01:18Ketegangan perdagangan ini sekali lagi menguji hubungan dua hala antara Washington dan Meksiko City dalam isu keselamatan makanan dan kawalan penyakit ternakan.