• 2 years ago
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau Maritime Patrol Aircraft MPA model P-72M untuk tentera udara di Raja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60% dan berjalan mengikut jadual.
00:15Pesawat bernilai RM900 juta ini sedang dibina di fasiliti syarikat pertahanan Leonardo SPA di Turin, Itali dan dijangka diterima sepenuhnya pada tahun 2026.
00:25Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin yang kini dalam lawatan kerja ke Itali berkata, pembelian ini penting dalam usaha memperkukuh kekuatan pertahanan negara khususnya dalam sektor keselamatan maritim.
00:40Pesawat MPA ini berperanan penting dalam memantau kawasan maritim negara yang luas selain dilengkapi keupayaan untuk menjalankan misi anti permukaan dan anti kapal selam.
00:50Sementara menunggu ketibaan dua pesawat MPA ini, TUDM kini mengoperasikan tiga pesawat CN-235 yang telah dinaik taraf kepada Varian Maritime Surveillance Aircraft menerusi bantuan program Maritime Security Initiative MSI oleh Kerajaan AS.

Recommended