00:00Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
00:07Menurut Maybank Investment Bank, ketidaktentuan dalam merundingkan pertagangan antara dua kuasa ekonomi dunia itu
00:14boleh menyebabkan pelanggan antarabangsa menangguhkan keputusan pembelian sekaligus menjecaskan jualan pengeluar tempatan.
00:23Maybank menyatakan walaupun tarif ke atas sarung tangan buatan China telah dikurangkan,
00:28ketidaktentuan berterusan dijangka mendorong pelanggan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
00:34China dan Amerika Syarikat sebelum ini bersetuju untuk mengurangkan tarif selama 90 hari mulai 12 Mei 2025.
00:40Tarif import Amerika Syarikat terhadap barangan dari China dikurangkan daripada 145% kepada 30%.
00:47Sebagai tindak balas, China turut mengurangkan tarif kepada 10% berbanding 125% sebelum ini berkuatkuasa dari 14 Mei hingga 12 Ogos.
00:56Sektor sarung tangan masih berdepan cabaran luaran yang kompleks dan pengeluar tempatan kini harus bersedia menghadapi tekanan kompetitif
01:04serta ketidaktentuan global yang berterusan.