00:00Lebih 3 dekad lalu, negara digemparkan dengan tragedi hitam apabila 11 anggota pasukan simpanan persekutuan FRU terkorban dalam nahas membabitkan 12 kenderaan di kilometer 31 Leboraya, Kuala Lumpur, Karak, Pahang.
00:17Dan hari ini, 35 tahun kemudian, tragedi hitam itu berulang. 9 anggota FRU terkorban dalam nahas jalan raya di Teluk Intan pagi tadi.
00:30Dan ketika ini difahamkan, proses post-mortem masih lagi berjalan.
00:34Dan untuk perincian lanjut, kita nak terus saja bersama dengan rakan setugas yang membuat liputan di Teluk Intan, kita nak terus bersama dengan Khalid Shikadir.
00:42Teruskan dengan laporan bagaimana situasi dan juga keadaan sekarang.
00:46Terima kasih.
00:51Terima kasih. Saya masih lagi berada di Unit Forensik Hospital Teluk Intan di mana sempat seketika tadi kami bergegas ke IPD Hilir Perak untuk sidang media khas oleh Hati Balan, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayubhan Maidin Puce.
01:08Namun sebelum saya perinci mengenai sidang media yang baru selesai kira-kira jam 6.50 petang tadi.
01:14Ini suasana di Unit Forensik Hospital Teluk Intan di mana proses pedasiasat yang bermula sejak jam 2.30 petang tadi masih lagi diteruskan sehingga ketika ini.
01:27dan pada awalnya ia dijangka selesai pada jam 8 malam namun nampaknya ia mengambil masa yang lebih panjang.
01:36Tetapi saya difahamkan juga doktor yang bertugas juga telah ditingkatkan kepada 3 doktor dan proses pedasiasat ini juga satu jasad difahamkan mengambil masa 2 ke 3 jam.
01:49dan anggaran ataupun jangkaan terkini akan selesai proses pedasiasat ini paling awal sekitar jam 11 malam.
01:59Kemudian jenazah yang beragama Islam akan dibawa ke IPD Hilir Perak untuk disolatkan sebelum dibawa ke Markas Unit 5 FRU Ipoh untuk pahamatan terakhir.
02:10Berbalik kepada kemas kini, sidang media oleh Dato' Sri Ayub Han, pemandu lori yang terlibat dalam nahas membabikan traaf FRU sehingga menyebabkan 9 anggota terkerban.
02:23Dikatakan mempunyai 6 rekod jenayah lampau dan ini perincian oleh Dato' Sri Ayub Han pada sidang media sebatas tadi.
02:32Suspek ini kita masih lagi tahan, suspek rumah 45 tahun, suspek ini ada 6 rekod lampau, 1 rekod dadah dan lagi 5 rekod jenayah.
02:48Berlibatkan jenayah curi ada 4, 39 dan 1 jenayah rogol. Semua telah jatuh hukum.
02:54Urin kita dah buat setakat ini negatif. Ada juga maklumat yang saya dipahamkan ada diwiralkan bahawa driver ini ada ketum dengan lori.
03:05Kita dah periksa semua tak ada ketum. Urin kita dah buat memang negatif.
03:08PDRM juga memberi jaminan bahawa nahas membabitkan kes ini akan dibuat secara menyeluruh.
03:19Ini juga termasuk memberi tumpuan kepada dawaan pemandu lori membawa muatan batu kerikil itu mengelak kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan merumpuh traaf FRU terbabit.
03:31Ini sentimen ini ataupun kategori ini banyak ditularkan di sosial. Itu juga menjadi tumpuan PDRM untuk siasatan pada kali ini.
03:38Dan bagaimanapun Datuk Seri Ayuk menasihati semua pihak supaya memberi laluan kepada pihak polis menjalankan siasatan tanpa memberikan spekulasi untuk tidak mengganggu siasatan.
03:49Jadi antara lain adalah PDRM menerusi tabung kebajikan akan menyalurkan sumbangan bernilai RM1,200 kepada setiap anggota yang terlibat dalam nahas itu hari ini.
04:02Antara lain adalah bantuan bernilai RM25,000 akan diberikan kepada waris anggota FRU yang meninggal dunia manakala sumbangan RM8,000 hingga RM11,000 kepada mangsa yang cedera parah dan hilang upaya kekal ataupun H-UK.
04:18Dan mangsa yang cedera ringan pula akan menerima sumbangan RM1,000 dengan bentuk bayaran bergantung kepada penilaian pakar perubatan.
04:30Dan sebenarnya banyak lagi bantuan yang disediakan oleh PDRM sebagai komitmen PDRM dan kerajaan menghargai tanggungjawab barisan hadapan mereka ini.
04:43Dan ini rumusan oleh Datuk Seri Ayub Han berkenaan dengan nahas ini dan juga khususnya untuk bantuan kewangan yang akan disalurkan.
04:56Jumlah keseluruhan bantuan ataupun sumbangan yang akan diterima ini oleh waris semua waris dianggarkan RM58,000 hingga RM269,000 yang akan diterima.
05:09So bantuan ini mencerminkan komitmen PDRM dan juga pihak kerajaan untuk kebajikan pegawai dan anggota yang meninggal ataupun cedera dalam semasa penjalankan tugas.
05:19Itu perkembangan terkini yang disampaikan oleh Datuk Seri Ayub Han, MyDNPJ pada sidang media sebetulnya tadi.
05:32Dan kini kita akan menantikan proses berasih asat selesai.
05:35Adakah ia akan selesai mengikut jadual antara jam 10 ke 11 malam ataupun sebaliknya.
05:40Dan itu semua kita akan membawakan secara langsung dan secara terkini dari semasa ke semasa untuk kes nahas membebidikan trak FRU ini.
05:51Saya kira setakat itu dahulu perkembangan yang dapat saya laporkan buat ketika ini kembali kepada Ehsan di Bukit Jalil.
06:00Baik, terima kasih Khalil atas laporan itu tadi.
06:03Pastinya perkembangan berkaitan dengan nahas FRU ini kita akan bawakan dari semasa ke semasa.