00:00Kerajaan akan terus memperkukuh penyampaian maklumat kualiti udara bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat, mudah difahami dan responsif
00:09terhadap perubahan keadaan jerebu semasa.
00:11Menteri Sumber Asli dan Kelestaran Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurok berkata, bacaan IPU rasmi diperoleh melalui 68 stesen pemantauan
00:20kualiti udara automatik Jabatan Alam Sekitar yang beroperasi di seluruh negara.
00:25Bacaan IPU rasmi dikemaskini pada setiap jam.
00:30Manakala pengiraan IPU bagi parameter PM2.5 dan PM10 adalah berdasarkan kepekatan purata bergerak 24 jam.
00:42Ini selaras dengan pihawayan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO serta amalan agensi alam sekitar antarabangsa.
00:52Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berhubung cadangan menambah baik kaedah penyampaian maklumat kualiti udara supaya lebih
01:00mudah difahami dan responsif terhadap perubahan keadaan jerebu.
01:04Sehubungan itu, beliau menegaskan bacaan IPU yang dikeluarkan JAS kekal sebagai rujukan rasmi kerajaan dalam menentukan status kualiti udara dan
01:13melaksanakan tindakan pengurusan jerebu di negara ini.
01:16Penyelarasan turut dilaksanakan bersama Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia, Kementerian Kesehatan Malaysia KKM, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dan agensi berkaitan bagi
01:28memastikan maklumat mengenai kualiti udara, keadaan meteorologi serta nasihat kesihatan disampaikan secara tepat dan konsisten.
01:35Terima kasih kerana menonton!