00:00Hampir setiap premis perniagaan dipercayai memiliki serta menggajikan warga asing yang diperiksa di sekitar Meru, Kelang
00:08akan didatangi warga tempatan konon mendakwa sebagai majikan mahupun penjaga.
00:13Situasi itu antara yang dikesan ketika operasi bersepadu pada jam 11 pagi
00:18yang digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Kelang MBDK pada Rabu.
00:24Semasa pemeriksaan di salah satu premis, seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai majikan tidak berpuas hati apabila kedainya diperiksa anggota MBDK.
00:35Malah dengan nada agak tinggi, lelaki yang ditemani isteri warga tempatan enggan mendedahkan siapa pekerjanya
00:42disyaki warga asing dengan memberi pelbagai alasan sebelum didatangi seorang lelaki tempatan
00:47yang mengaku merupakan adik kepada isteri lelaki terbabit, kononnya penjaga premis.
00:52Pemeriksaan di sebuah kedai telefon bimbit yang disyaki menggajikan warga asing
00:57juga kemudian didatangi wanita tempatan yang mendakwa adalah penjaga premis itu.
01:03Selain itu, di beberapa premis lain juga situasi hampir serupa.
01:06Apabila pekerja asing yang ditahan mendakwa majikan ialah warga tempatan,
01:11kononnya mahu elak ditahan jim.
01:14Pemangku pengarah Imigresen Selangor, Mohd Kusairi Kamarudin berkata,
01:17seramai 47 individu diperiksa sepanjang operasi.
01:2237 warga asing berusia 18 hingga 40 tahun,
01:26antaranya warga Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar
01:29ditahan atas pelbagai kesalahan.
Comments