00:00Kegiatan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah gudang pakaian terpakai di kawasan perindustrian ringan di
00:09Sungai Petani pada Isnin.
00:11Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarai Hidup KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaluddin berkata, kegiatan itu dipercayai berselindung di
00:21sebalik urus niaga membabitkan pakaian terbabit.
00:23Menurutnya, lokasi gudang dipercayai sengaja dipilih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan kegiatan haram tersebut di hidu pihak berkuasa.
00:34Semakan lanjut menemui sejumlah minyak masak paket bersubsidi disimpan dalam premis berkenaan tanpa lesin atau kebenaran dari pengawal bekalan.
00:42KPDN Kedah telah menyita sebanyak 3,383 unit minyak masak bersubsidi untuk siasatan lanjut membabitkan nilai sitaan keseluruhan berjumlah lebih
00:54RM8,457.
00:57Dua beradik lelaki berusia 18 dan 26 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
01:03Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama
01:143 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
01:18Manakala kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
01:33Terima kasih telah menonton!