Skip to playerSkip to main content
Sebanyak RM37.53 bilion nilai aset dirampas hasil tindakan penguatkuasaan negara dalam usaha membanteras kegiatan mafia korporat termasuk RM28 bilion daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan diteruskan menerusi siasatan serta pendakwaan jenayah dan sivil.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801153/berita/nasional/mafia-korporat-rm37-53-bilion-aset-dirampas-rm28-bilion-bayar-hutang-1mdb-ndash-pm

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Mafiakorporat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keseluruhan jumlah yang dirampas, dikembalikan atas ikhtiar BNM dan lain-lain ini mencecah 37.53 bilion.
00:22Dan tentunya dalam konteks ini, sebahagian iaitu 28 bilion itu melibatkan siasatan terhadap 1MDB dan hutang daripada jumlah 37.5
00:39bilion.
00:4028 bilion adalah untuk menyelesaikan, melangsaikan hutang 1MDB.
00:50Suruhanjaya Sekuriti, seperti yang saya sebut tadi, mengambil beberapa langkah untuk meneruskan siasatan sama ada tindakan pendakuan jenayah ataupun civil.
01:06Kejayaan AMLA sahaja, tadi yang saya sebut itu, BNM dengan SPRM.
01:11AMLA sejak 2022 akhir sehingga 2026 September telah berjaya membekukan jumlah 4.3 bilion ringgit.
01:30Menyita 1 bilion ringgit.
01:33Lucut hak, 48.3 juta ringgit.
01:38Dan kompaun, 1.1 bilion ringgit.
01:42Kerja ini tentunya memerlukan satu komitmen yang jelas dan ketegasan daripada syarikat.
01:50Soalnya apakah semuanya diumumkan, itu saya serah kepada pihak penguatkuasaan.
01:56sama ada tindakan itu selesai dengan pendakwaan sebelum dihebahkan.
02:04Itu bidang kuasa masing-masing.

Recommended