Skip to playerSkip to main content
Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret Marang pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang pada Ogos lalu.

​Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801156/berita/semasa/tiga-banduan-didakwa-bunuh-cedera-rakan-di-penjara-marang

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Banduan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Magistrik Marang pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang
00:09pada Ogos lalu.
00:10Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Cik Muhammad Nazaruddin C. Ross, 35 tahun.
00:17Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyebabkan kematian terhadap Nur Muhammad Hilmi Sahari di Zon 2 R10 Penjara Marang antara
00:27jam 8.45 pagi hingga 9.15 pagi pada 24 Ogos lalu.
00:33Tiada jaminan ditawarkan oleh pihak pendakwaan memandangkan pertuduhan berkenaan tidak membenarkan jaminan.
00:40Dalam proseding sama, dua lagi individu iaitu Muhammad Fadli C. Mansur, 36 tahun dan Nur Ditauddin Afiq Nurwadi, 22 tahun,
00:50turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan bersubahat atau bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa sama pada tarikh, masa
00:59dan lokasi sama.
01:00Kedua-dua tertuduh berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.
01:11Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Fadli dan Nur Ditauddin masing-masing diikat jamin RM2000 dengan seorang penjamin.
01:18Mahkamah menetapkan 5 November depan bagi sebutan semula kes untuk Muhammad Fadli dan Nur Ditauddin,
01:24manakala 10 Disember bagi kes pembunuhan berkenaan bagi menunggu laporan kimia serta laporan bedah siasat lengkap.

Recommended