00:00Pertikaian berkaitan pengurusan kewangan syarikat pemain badminton negara Li Zijia dengan bapa, kakak dan adik lelakinya
00:07selesai secara baik apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merekodkan penghakiman persetujuan pada selasa.
00:14Hakim Leong Wai Hong merekodkan perkara itu selepas semua pihak mencapai persetujuan
00:20berhubung kes saman pemula yang difalkan Zijia, 28 tahun, selaku pemohon terhadap keluarganya pada 2 Julai lalu.
00:28Dalam kes berkenaan, syarikat LZJ Management milik Jagoh Perseorangan Lelaki Negara dalam Sukan Olimpik Paris 2024 itu
00:37bapa, Chi Hin, 59 tahun, kakak, Ziyi, 30 tahun dan adik lelakinya, Tau, 25 tahun dinamakan sebagai Responden-Responden.
00:48Pada proseding terbabit, Peguam Ahmad Zaid Ahmad Zuber hadir mewakili Zijia
00:53sementara Peguam Samantha Cheng bagi pihak LZJ Management dan Andrian untuk bapa, kakak dan adik Zijia.
01:01Semasa proseding, Ahmad Zaid berkata pihak-pihak telah mencapai penyelesaian
01:05dan memohon Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan berdasarkan terma-terma dipersetujui.
01:12Berdasarkan saman pemula, Zijia yang merupakan pemegang saham majoriti LZJ Management
01:17berkata telah mengambil langkah untuk mengadakan EGM bagi membincangkan hal ehwal pengurusan dan tatbir urus syarikat
01:24namun usaha itu tidak berhasil.
01:27Zijia mempunyai pegangan saham sebanyak 90% syarikat tersebut.
01:32Ziyi pula memegang pegangan sebanyak 9% saham, sementara Tau 1%.
01:37Zijia selaku pemohon kemudian memohon supaya EGM diadakan dalam tempoh 14 hari
01:42dari tarikh perintah Mahkamah dan mesyuarat itu diteruskan walaupun mana-mana ahli syarikat,
01:47pengarah atau setiausaha syarikat tidak hadir atau enggan hadir.