00:00Sekurang-kurangnya 52,908 rakyat Palestine maut dalam serangan genosid yang dilancarkan Israel sejak Oktober 2023.
00:08Menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, 46 orang terkorban dalam serangan Israel di kawasan itu dalam tempoh 24 jam lepas manakala 73 yang lain cedera.
00:20Ini menjadikan jumlah mangsa kecederaan keseluruhan kepada 119,721 orang akibat serangan Israel.
00:27Selain itu, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka.
00:34Tentera Israel menyambung semula serangan ke Gaza pada 18 Mac dan sejak itu, 2,780 orang maut dan hampir 7,700 yang lain cedera.
00:44Tindakan kejam rejim Zionis itu menjejaskan genjatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang mula dilaksanakan pada Januari.
00:52Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
00:59dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Galan atas turuhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
01:06Israel juga berdepan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ kerana serangan terhadap kawasan itu.
01:13Terima kasih kerana menonton!