00:00Setiausaha negara Amerika Syarikat Marco Rubio menegaskan jumlah visa yang telah dibatalkan setakat ini berkemungkinan sudah mencecah ribuan.
00:07Rubio turut mengingatkan bahawa visa bukanlah satu hak tetapi ia adalah satu keistimewaan.
00:12Bentadbiran Trump telah membatalkan ratusan visa ke seluruh negara termasuk status beberapa penduduk tetap yang sah di bawah undang-undang tahun 1952
00:36yang membenarkan pengusiran mana-mana pendatang asing yang mana kehadiran mereka di negara itu dianggap membahayakan dasar luar Amerika.
00:45Trump sebelum ini merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing yang menjalankan perniagaan dengan negara itu.
00:54Beliau juga akan memberi pengampunan kepada beberapa individu yang disabitkan kesalahan dalam insiden pencerobohan bangunan kapital pada 6 Januari 2021.