Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh meluluskan penubuhan sebuah syarikat penerbangan baharu, Sun Phu Quoc Airways pada Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Vietnam, Pham Min Chin telah meluluskan penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru iaitu Sun Poo Corp Airways pada selasa.
00:08Syarikat penerbangan milik pemaju hartanah dan hospitaliti Sun Group akan memulakan operasi dengan pelaburan awal sebanyak 2.5 triliun dong atau 96 juta dolar Amerika
00:18dan dijangka melancarkan penerbangan pertamanya menjelang suku keempat tahun 2025.
00:23Pasaran penerbangan di Vietnam dengan populasi 100 juta penduduk dilaporkan berkembang pesat selepas pulih daripada pandemik COVID-19
00:31sekaligus mendorong syarikat untuk bersaing merebut bahagian pasaran.
00:36Sun Poo Corp Airways yang akan beroperasi bersama syarikat penerbangan kebangsaan Vietnam Airlines, syarikat tambang rendah Vietjet,
00:43Bamboo Airways dan Viet Travel Airlines menyasarkan menambah 31 pesawat menjelang 2030 dengan menyediakan penerbangan komersial dan sewan khas.
00:53Sun Group sebelum ini telah melancarkan Sun Air, sebuah syarikat penerbangan mewah yang menawarkan perkhidmatan jet peribadi premium kepada pelanggan elite.
01:01Sementara itu, Vietnam jatakan peningkatan 23% jumlah pelancong dari tahun ke tahun dalam 4 bulan pertama tahun ini dengan 7.7 juta pelancong tiba di negara itu.

Recommended