Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
WHO mengesahkan dua lagi zon kesihatan di Republik Demokratik Congo terjejas akibat wabak Ebola Bundibugyo. Setakat ini, 7,890 kes disahkan direkodkan dengan 3,799 kematian, manakala konflik dan perpindahan penduduk terus menyukarkan usaha membendung penularan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO mengesahkan dua lagi zon kesihatan di Republik Demokratik Kongo kini terjejas akibat wabak Ebola strain
00:08Bundi Bugio.
00:09Menurut WHO, kawasan terbaru yang terjejas ialah zon kesihatan bulu di wilayah Sud Ubangi dan dunggu di wilayah Haut Uela.
00:19Pengarah serantau WHO bagi Afrika, Prof. Mohd Janabi berkata, wabak itu kini melibatkan tujuh wilayah dan 63 zon kesihatan di
00:28seluruh negara.
00:30Sehingga Rabu, DRC merekodkan 7,890 kes disahkan Ebola termasuk 3,799 kematian dengan kadar kematian kasar atau kes fatality
00:42ratio sebanyak 48.1%.
00:45WHO menyatakan kadar kematian yang tinggi itu terus menjadi cabaran utama kepada usaha mengawal penularan penyakit berkenaan.
00:53Ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, petugas kesihatan menghadapi kesukaran untuk mengesan individu yang berkemungkinan terdedah kepada virus tersebut.
01:04Menurut beliau, keadaan keselamatan yang tidak menentu menyukarkan proses pengesanan kontak rapat dan meningkatkan risiko penularan wabak ke kawasan baharu.
01:13WHO kini bekerjasama dengan kerajaan Kongo dan rakan antarabangsa bagi memperkukuh usaha membendung penularan wabak.
01:21Agensi itu menegaskan tindakan pantas dan kerjasama antarabangsa amat penting bagi mengelakkan wabak terus merebak ke kawasan lain.
Comments

Recommended