Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
RTM bakal menyiarkan lima perlawanan terpilih FIFA ASEAN Cup 2026 secara langsung menerusi saluran Sukan+ RTM dan aplikasi RTMKlik, hasil kerjasama strategik bersama kumpulan infrastruktur dan utiliti, YTL Corporation Berhad, selaku penaja utama siaran kejohanan itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00RTM bakal menyiarkan 5 perlawanan terpilih FIFA ASEAN Cup 2026 secara langsung menerusi saluran Sukan Plus RTM dan aplikasi RTM
00:10Click, hasil kerjasama strategik bersama kumpulan infrastruktur dan utiliti YTL Corporation Berhad selaku penaja utama siaran kejohanan itu.
00:20Menerusi kerjasama itu, RTM selaku penyiar rasmi akan menyiarkan secara langsung 5 perlawanan terpilih FIFA ASEAN Cup 2026 menerusi saluran
00:29Sukan Plus RTM dan aplikasi RTM Click.
00:33Menurut bahagian perhubungan awam Jabatan Penyiaran Malaysia, 5 perlawanan yang akan disiarkan termasuk 3 aksi peringkat kumpulan A membabitkan skuad
00:43Malaysia selain perlawanan penentuan tempat ketiga dan final.
00:46Aksi pertama membabitkan Bangladesh menentang Malaysia Jumaat lalu dengan siaran langsung bermula jam 4.48 petang dan sepak mula pada
00:545 petang.
00:55Malaysia kemudian berdepan Indonesia pada istinan ini dengan siaran langsung bermula jam 8.18 malam dan sepak mula jam 8
01:03.30 malam sebelum menentang Singapura pada Kamis pada waktu siaran dan sepak mula yang sama.
01:09Dua lagi perlawanan iaitu penentuan tempat ketiga dan final akan berlangsung pada 5 Oktober.
01:15Masing-masing dengan siaran langsung bermula 4.48 petang dan 8.48 malam manakala sepak mula dijadualkan pada 5 petang
01:23dan 9 malam.
01:25Sokongan YTL sebagai penaja utama mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong pembangunan serta penyiaran sukan di samping memperluas akses rakyat
01:36kepada kandungan sukan berkualiti.
01:37Kerjasama itu turut menyokong peranan RTM sebagai penyiar utama negara dalam menyediakan kandungan bermutu dan relevan untuk dinikmati masyarakat.

Recommended