00:00Rakyat Malaysia di Bangkok dinasihatkan berhati-hati dan berwaspada.
00:05Susulan hujan lebat berterusan serta banjir yang menjejaskan aktiviti harian di seluruh ibu negara Thailand itu.
00:12Dengan kesemua 50 daerah diisytihar sebagai zon bencana.
00:16Menerusi kenyataan pada Sabtu, Kedutaan Malaysia di Bangkok menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke bandar raya itu supaya
00:25mengikuti perkembangan terkini.
00:28Pihak Kedutaan mengingatkan keadaan cuaca dan jalan raya boleh berubah dengan pantas terutama di kawasan terjejas banjir selain menggesa rakyat
00:37Malaysia mematuhi nasihat serta arahan dikeluarkan pihak berkuasa Thailand.
00:41Menurut Kedutaan, Pentadbiran Metropolitan Bangkok BMA menyediakan sistem pemantauan banjir jalan raya secara dalam talian yang membolehkan orang ramai memeriksa
00:52keadaan jalan raya dan paras air di lokasi pemantauan seluruh ibu negara.
00:57Banjir dilaporkan melanda 93 daerah, 350 mukim dan 1,425 kampung manakala air bertakung menjejaskan 44 lokasi jalan raya di
01:08Bangkok dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.