00:00Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA tidak mahu mengambil risiko menunggu fenomena El Niño berlaku sebelum bertindak.
00:09Sebaliknya, sudah membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi.
00:15Pengurusnya, Abang Ahmad Kerdik, Abang Masagus berkata, satu jawatan kuasa khas ditubuhkan sejak dua bulan lalu sebagai persiapan berdepan sebarang
00:26kemungkinan.
00:28Katanya persediaan itu antaranya membabitkan perancangan pembelian serta penyimpanan stok produk agromakanan di gudang FAMA di seluruh negara termasuk kemudahan
00:38bilik sejuk.
00:39Abang Ahmad berkata, FAMA turut merancang menyimpan stok penampan bagi kira-kira 34 jenis barangan agromakanan termasuk cili merah, cili
00:48hijau, kubis dan bawang selain produk makanan seperti ayam dan daging.
00:52Jelas beliau, langkah itu penting sebagai pelan sokongan sekiranya berlaku gangguan terhadap rantaian bekalan termasuk masalah berkaitan aktiviti import dan
01:02ekspor.
01:04Jabatan Meteorologi Malaysia pada August lalu memaklumkan potensi fenomena El Nino mencapai kategori sangat kuat atau Super El Nino antara
01:13Oktober dan Disember kini melebihi 90%.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments