00:00Di mana pesakit di seluruh negara tidak perlu lagi membayar kos penghantaran ubat melalui POS UMP.
00:06Berikut perkhidmatan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula 1 Oktober ini.
00:12Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fazil berkata, inisiatif tersebut dibiayai menerusi dana RM5 juta
00:18oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, dan ia merupakan sebahagian usaha pemerkasaan sistem kesihatan digital negara.
00:28Jelas Fahmi langkah itu selari dengan kejayaan pelaksanaan inisiatif pemacu ekosistem dan ketersambungan kesihatan digital negara atau persadar di Perlis
00:39yang menunjukkan pengurangan ketara dalam tempoh menunggu pesakit.
00:44Program ini kita telah laksanakan sebagai pilot sejak 4 bulan yang lalu
00:52dan telah berjaya memanfaatkan lebih kurang, lebih 200 ribu pesakit di negeri Perlis.
01:05Lebih daripada 200 ribu.
01:07Dan kalau nak dibandingkan dengan di peringkat nasional, bagi negeri Perlis di mana sistem ini telah dimanfaatkan,
01:15kita dapat lihat ada peningkatan ataupun pengurangan masa terutama bagi para pesakit
01:22dan lebih 86% daripada pesakit yang datang dapat bertemu dengan doktor dalam tempoh kurang 60 minit.
01:3562% hampir 62.8% dapat bertemu dengan doktor dalam tempoh kurang 30 minit.
01:44Selain itu, penyepaduan data turut membolehkan doktor mengakses rekod pesakit dengan lebih pantas
01:51tanpa memerlukan pesakit mengisi borang berulang kali ketika mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berbeza.
01:59Dalam usaha memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan,
02:04sebanyak 17 pusat sebaran maklumat nasional atau Nadi di Perlis
02:08kini turut diintegrasikan dengan perkhidmatan telekesihatan.
02:12Integrasi itu membolehkan penduduk menjalani saringan kesihatan rutin di Nadi
02:18tanpa perlu hadir ke klinik kesihatan bagi urusan tertentu
02:22manakala kerjasama antara Nadi dan klinik kesihatan akan diperluaskan ke seluruh negara.
02:28Kerajaan juga sedang menjalankan kajian berkaitan penggunaan drone
02:32bagi penghantaran ubat ke kawasan luar bandar
02:35khususnya berdasarkan penelitian awal yang dilaksanakan di Sabah.
02:40Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan agenda pendiditilan kesihatan,
02:45kerajaan pada Ogos lalu meningkatkan peruntukan persadar
02:48daripada RM650 juta kepada RM1 bilion.
02:53Peruntukan tambahan itu meliputi usaha menaik taraf peranti perubatan
02:58serta meningkatkan kelajuan internet kepada sekurang-kurangnya 100 Mbps
03:03bagi rangkaian kesihatan awam di seluruh negara.