Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Gandingan penerjun negara, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim dan Yong Rui Jie menyumbang pingat gangsa selepas mengumpul 345.81 mata menerusi lima terjunan dalam acara tiga meter papan anjal seirama lelaki.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ini perkembangan kontingen Malaysia di Sukan Asia Aichi Nagoya 2026.
00:05Gandingan penerjun negara Nurkoyum Nazmi Muhammad Nazim dan Yong Rui Ji menyumbang pingat gangsa selepas mengumpul 345.81 mata menerusi
00:175 terjunan dalam acara 3 meter bapan anjal seirama lelaki.
00:23Pingat emas di raih gandingan China Wang Zhonghuan dan Zheng Ji Yuan yang mencatatkan 465.87 mata manakala perak milik
00:33wakil Tuan Rumah Jepun Senri Ikuma dan Haruki Suyama dengan 355.56 mata.
00:39Sementara itu, gandingan wanita negara Datuk Pandalela Rinong dan Nur Ilisha Rania Muhammad Abra Raj Kempunan Meraih Pingat apabila menamatkan
00:50acara 10 meter platform seirama di kedudukan keempat dengan 247.29 mata.
00:57Pasangan negara bersaing sengit sepanjang lima pusingan dengan terjunan keempat mencatatkan keputusan terbaik iaitu 66.99 mata untuk membolehkan mereka
01:10berada di kedudukan ketiga.
01:13Bagaimanapun, kesilapan pada terjunan terakhir meragut peluang gandingan itu untuk membawa pulang pingat.
01:19Seterusnya, hasrat pemain squash negara Ami Shenras Chandran dan Rachel Arnold untuk melangkah lebih jauh dalam saingan beregu campuran tidak
01:28kesampaian apabila tewas kepada wakil Hong Kong 2-0 di pusingan separuh akhir pada Sabtu.
01:35Kepucusan tersebut menyaksikan gandingan negara itu terpaksa berpuas hati menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia.
01:42Sebelum ini, gandingan negara tewas tipis 10-11 pada set pertama sebelum wakil Hong Kong memutlakkan kemenangan menerusi 11-7.

Recommended