00:00Persaingan antara kuasa-kuasa besar di Laut Cina Selatan menuntut pengukuhan pertahanan Malaysia khususnya di Sabah.
00:07Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin berkata, langkah itu penting susulan berlaku perkembangan keselamatan dan peningkatan keupayaan pertahanan di
00:16Filipina.
00:18Filipina mengambil pendekatan untuk bangunkan dengan kerjasama Amerika itu hak dia. Kita tak mempertikaikan.
00:24Tetapi sebagai sebuah negara jiran, kita beri perhatian dan kita wajar mengambil tindakan-tindakan yang boleh membantu negara kita dari
00:40segi pertahanan.
00:42Sebab kita tahu syabaran Laut Cina Selatan, persaingan antara kuasa-kuasa besar.
00:54Jelasnya sebarang konflik di kawasan tersebut berisiko memberi kesan kepada negara berhampiran termasuk Malaysia.
01:01Jadi atas sebab itulah bila ada peningkatan pembangunan pengkalan-pengkalan tentera, kehadiran tentera-tentera lain,
01:13lain itu memang hak Filipina tetapi Malaysia tak boleh berdiam perlu ambil tindakan-tindakan untuk menguatkan kedudukan kita di Sabah
01:24kerana kalau berlaku pertembungan yang tidak diingini takut ia akan melimpah kawasan kita.
01:34Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Sian Ibrahim turut menyentuh kebimbangan terhadap kegiatan ketenteraan Amerika Syarikat di Pulau Balabak.
01:41Kebimbangan itu turut mengambil kira tuntutan Filipina terhadap Sabah yang masih belum selesai.