Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
NACSA berkata penggunaan rekod pengundi belum membuktikan sistem asal diceroboh dan sumber data perlu diperiksa berdasarkan bukti teknikal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dakuan jutaan rekod pengundi digunakan dalam operasi pengaruh yang menyasarkan Malaysia belum membuktikan sistem asal data itu diceroboh.
00:08Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Cyber Negara Naksa, Megad Zuhairi Megad Tajudin pada Sabtu berkata,
00:14sumber data, cara diperoleh dan kemungkinan akses tanpa kebenaran perlu diperiksa terlebih dahulu.
00:23Beliau berkata, tumpuan naksa ialah melindungi data dan sistem serta mengesan sebarang kompromi berdasarkan bukti yang boleh disahkan.
00:30Tegasnya, kewujudan sesuatu data pada pihak tertentu tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa sistem asal telah diceroboh.
00:37Menurutnya, isu ini perlu dilihat lebih luas daripada kandungan politik semata-mata.
00:42Gabungan data sebenar, AI dan automasi boleh digunakan untuk penyamaran, kejuruteraan sosial serta menyasarkan kumpulan tertentu.
00:50Megad Zuhairi berkata, AI juga membolehkan kandungan dihasilkan, banyak akaun diurus dan laman web palsu dibina dengan tahap automasi lebih
00:58tinggi.
00:59Justeru, pengesanan awal perlu menumpu kepada domain, akaun dan rangkaian digital yang menunjukkan tanda aktiviti berbahaya termasuk penyamaran identiti atau
01:07organisasi.
01:09Beliau berkata, Naksa telah membangunkan kerangka keselamatan sistem AI sebagai panduan kepada organisasi untuk mengurus teknologi itu dengan lebih selamat.
01:17Bagi ancaman yang merentasi platform atau negara, perkongsian maklumat antara agensi, penyedia teknologi dan rakan antarabangsa pula penting untuk membolehkan
01:27tindakan pantas.
01:28Orang ramai turut dinasihatkan tidak terus mempercayai kandungan yang kelihatan meyakinkan, sebaliknya menyemak sumber berita, identiti penyampai dan laman yang
01:37menerbitkannya.
01:38Laporan Antropik pada 10 September lalu mendakwa, satu operasi menyasarkan pengundi Malaysia menggunakan rekod pengundi, lebih seribu akaun palsu DX
01:47dan laman berita rekaan.
01:48Menteri Komunikasi Fahmi Fakzil sebelum ini berkata, MCMC sedang menyiasat dawaan itu termasuk sama ada kaedah serupa digunakan di platform
01:56lain.
01:57Terima kasih telah menonton!

Recommended